Latar Belakang Tamadun Rom

Sunday 21 August 2011
Tamadun Rom

- lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan  
  Sungai Tiber, Lembah Latium.
- didiami masyarakat Latin
- berkembang semasa pemerintahan Romulus
- pembinaan bandarnya terancang dengan pelbagai kemudahan          
  seperti bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas,  
  tempat berdialog (forum), rumah mandi awam dan istana
- Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah,
  perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum
  (tempat pertandingan pahlawan Rom)
- sistem saliran bawah tanah menjadi bekalan air bagi penduduk di
  Pompei pada waktu aman dan peperangan dan digunakan bagi
  perindustrian dan pengangkutan.





Politik/Sistem Pemerintahan & Pentadbiran: Sistem Beraja >> Sistem Republik

POLITIK
Sistem Pemerintahan & Pentadbiran
§   Corak pemerintahan Tamadun Rom selalu berubah iaitu daripada sistem beraja ® sistem republik ® diktator/ pemerintahan bercorak empayar.
§      Konsep politik seperti senat, veto, diktator dan censor adalah warisan Tamadun Rom.
Sistem Beraja
·         sistem ini diperintah oleh raja- raja berketurunan Etruscan yg zalim dgn secara mutlak.
·         Namun, mereka tidak berasal dr kalangan masyarakat Latin tempatan.

KESAN:
§   Masyarakat Latin telah bangun memberontak di bawah pimpinan golongan bangsawan yg digelar sebagai patrician.
§      Sistem Republik terbentuk pada 509 S.M.

      >>Sistem Republik
  •     Tiada pemerintah berkuasa mutlak.
  •     Sistem ini tidak mempunyai raja tetapi mengamalkan prinsip demokrasi.
  •     Struktur- struktur dalam sistem ini:

KONSUL
1.      Merupakan kuasa tertinggi.
2.      Terdapat 2 konsul yg dilantik oleh Dewan Senat dan dibantu oleh Dewan Senat.
3.      2 org konsul dilantik bertujuan menjamin kedaulatan dan kebajikan rakyat serta   
     mengelakkan salah seorang konsul mempunyai penganut yg lebih kuat.




                                                                  Dewan Senat
1.     Terdiri drpd golongan bangsawan.
2.   Sebelum menjadi konsul, ahli Dewan Senat mesti merupakan seorang praeotor iaitu 
    pemerintah tentera.
3.   Dewan ini bertujuan membincangkan hal- hal pentadbiran Negara dan merangka 
    perundangan.
             

                                                                


                                     DEWAN PERHIMPUNAN


1.     Dewan ini diwakili oleh semua rakyat Rom.
2.    Semua keputusan drpd Dewan Senat akan dihantar kepada Dewan Perhimpunan untuk 
    diluluskan.


















                                                                                                                                                             

Sistem Pemerintahan & Pentadbiran: Diktator

Saturday 20 August 2011
Diktator

= Akhirnya, sistem republik ini telah ditamatkan oleh Julius Caesar 
   dan mulanya pemerintahan diktator.
= semasa pemerintahan Julius Caesar taraf empayar telah meluaskan
   ke Macedonia + Yunani + Syam + Mesir + Perancis + Brittania/
   Britain + beberapa wilayah Jerman.



Julius Caesar
Ø     Semasa pemerintahan Julius Caesar, beliau
     berjaya meluaskan empayar + meyatukan
     wilayah -wilayah kecil yang ditakluki.
     Selepas penyatuan, beliau membentuk
     sistem pentadbiran berpusat dan
     mempunyai seorang diktator yang bergelar
     maharaja.
Øberjaya menguasai angkatan tentera Rom dan Senat.                                               
Ø    pada 63 S.M. dilantik sebagai praeotor dan pada 59 S.M.dilantik sebagai konsul.            
 Ø beliau terkenal dengan kata-kata saktinya seperti Veni, Vedi, Vinci yang bermaksud saya datang, saya lihat, saya takluk.    
     Ø mengistiharkan diri sebagai diktator apabila     mengalahkan Jeneral Pompey. Namun, akhirnya telah dibunuh oleh penyokong Jeneral Pompey. 
ØSelepas kematian Julius, sistem ini dan gelaran maharaja telah diteruskan oleh Augustus.                                    
                          
              
Augustus Caesar
















>>    Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan Rom selama 200 tahun.
>>    Zaman kegemilangannya digelar sebagai Pax Romana / Keamanan Rom
      dan empayarnya terdiri daripada 3 benua yang berpelbagai bangsa iaitu   
      kawasan Asia , Eropah dan Afrika. 


Sistem Perundangan & Perleluasan

SISTEM PERUNDANGAN
©       Undang-undang Rom bermula pada ~ Zaman Republik
@ biasanya berbentuk ~ Undang-undang Bertulis

©       Hukum Kanun 12 / Papan Dua Belas ~ undang-21st di Tamadun Rom

HUKUM KANUN 12

à merupakan undang undang adat Rom
    @ Berjaya dikekalkan selama 400 tahun

à dipahat pada kayu & terletak di tempat awam supaya dibaca serta dipatuhi
    oleh orang awam.

©       Maharaja Justinan @ Pengasas Empayar Byzantine telah :
mengumpulkan + manyatukan + membukukan semua Undang-undang Rom
à Kod Undang-undang Rom / Undang-undang Justinan

UNDANG-UNDANG ROM

à terdiri daripada 3 cabang :
     undang-undang sivil + undang-undang rakyat + undang-undang natural

à prinsip undang-undang Rom termasuklah :
                      i.        Semua manusia sama di sisi undang-undang
                    ii.        Tiada ada orang bersalah sehingga terdapat bukti
                   iii.        Keadilan terhadap setiap individu
                   iv.        Hukuman hanya akan diberi berasaskan bukti yang cukup

à undang-undang Rom berjaya menjadi asas kepada undang-undang pada zaman moden

PERLELUASAN KUASA
Perleluasan kuasa Tamadun Rom mula bergiat pada 27 S.M. iaitu pemerintahan Augustus Caesar.
AUGUSTUS CAESAR
à anak saudara Julius Caesar
à merupakan pengasas empayar rom
à seorang diktator
    @ apabila beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony
à sistem empayar beliau berbeza dengan sebelumnya
                @ beliau mewajibkan sistem pemerintahan warisan
à Empayar beliau terdiri daripada Britain, Sepanyol, kawasan sungai Rhine, Danube, Laut Hitam,
    Pergunungan Atlas, Afrika Utama, Macedonia, sabahagian Turki & Palestin

Ekonomi

Ekonomi
·       Kegiatan ekonomi dalam tamadun ini adalah bergantung kepada pertanian & perdagangan.
·       Wang syiling telah digunakan semasa pemerintahan Maharaja Augustus.


  •       Barangan import terdapat sutera + lada putih(China) + mutiara + kosmetik + minyak wangi(India).
  •     Barangan eksport terdapat gelas + kain + linen + emas
  •            Akhirnya, tamadun ini berkembang menjadi pusat perdagangan yang pesat.



Sosial: Pendidikan & Falsafah, Bahasa & Kesusasteraan

Sosial

·      Aspek sosial terkandung pendidikan + falsafah + sains dan teknologi + sistem sosial + seni bina + bahasa & kesusasteraan.

I.      Pendidikan

  1.         Sistem pendidikan di Tamadun Rom sangat mementingkan aplikasi ilmu yang pratikal & semangat setia kepada Rom.
  2.         Terkenal dengan penyediaan infrastruktur & kemudahan awam yang berupaya memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakatnya.
  3.         Sistem pendidikan Rom banyak menyerap dari unsur Yunani.
  4.         Pusat pendidikan & ilmu Rom berkembang ke seluruh empayar Rom.
KESAN:
ü Lahirnya jurutera yang berjaya membina bangunan besar + jalan raya + sistem pengairan.
ü Lahirnya ahil falsafah & sejarawan yang telah menulis tentang sejarah kegemilangan Rom.

II.      Falsafah

  1.         Banyak mangambil daripada Yunani.
  2.         Ahli-ahli falsafah mengajar Yunani mengajar manusia untuk berfikir secara rasional & mengamalkan sikap ingin tahu.
  3.         Falsafah Rom diasaskan daripada falsafah stoik/stoisisme seorang falsafah yunani, Zeno.
 
         Zeno merupakan tokoh yang mempunyai kuasa ghaib untuk menguasai alam semesta.
  •         Menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian & peri kemanusiaan.
  •         Mengajar bahawa kebahagiaan hidup & nasib seseorang adalah bergantung kepada hubungan dengan alam.
      Bahasa dan Kesusasteraan
Pada umumnya, tujuan kesusasteraan Rom ialah meningkatkan semangat patriotisme.

                                                             Cicero

Cicero dilahirkan di Arpinum dan dibunuh di Formia ketika melarikan diri daripada musuh-musuh politiknya. "Bukannya tokok tambah", Taylor menulis (seperti yang disebut dalam "Rujukan"), "untuk mengatakan bahawa era kehidupan awam Rom yang paling cemerlang dibawa oleh Cicero dan tutup pada kematiannya — beliau berdiri di tempat bermulanya dan mengikut kereta jenazahnya." Tullii, keluarga Cicero, merupakan salah satu daripada ningrat tanah di Arpinum dan berasa geram terhadap kemasyhuran dan kekayaan keluarga Marii yang merupakan lagi sebuah keluarga Arpinum yang terutama.Sepanjang hayatnya, Cicero yang bersikap konservatif itu benci dibandingkan dengan Marius yang lebih masyhur. Nama "Cicero" berasal daripada perkataan cicer, perkatan bahasa Latin untuk "kacang kuda." Plutarch menerangkan bahawa nama itu pada asalnya digunakan oleh seorang nenek moyang Cicero yang mempunyai rekahan pada hujung hidungnya dan yang kelihatan seakan-akan kacang kuda. Sebenarnya (Plutarch meneruskan), Cicero didesak untuk menukarkan nama yang memalukan itu ketika beliau menyertai politik, tetapi beliau enggan berbuat .

                                          Virgil
                     
Publius Vergilius Maro, 15 Oktober 7019 BCE, dikenali sebagai Virgil atau Vergil, penyair dalam bahasa Latin, merupakan pengarang Eclogues, Georgics, dan Aeneid, yang merupakan sastera penceritaan ( narrative poem ) dalam dua belas buku yang dengan tepatnya dikenali sebagai epik kebangsaan Empire Rom.


Zaman keagungan kesusasteraan Rom tercapai semasa pemerintahan Augustus Caesar.
                                               
Augustus Caesar (Bahasa Latin: IMPERATOR CAESAR DIVI FILIVS AVGVSTVS; 23 September 63 SM19 Ogos AD 14) dikenali sebagai Gaius Julius Caesar Octavianus (dalam bahasa Inggeris: Octavian) untuk jangka hayatnya sebelum 27 SM merupakan maharaja pertama dan antara yang terpenting dalam sejarah empayar Rom.
Walaupun beliau telah mengekalkan bentuk luaran Republik Rom, dia memerintah sebagai autokrat selama lebih 40 tahun dan tempoh pemerintahannya merupakan garis pembahagian antara Republik dan Empayar Rom. Beliau telah menamatkan satu abad perang saudara dan memberi Rom satu era keamanan, kemakmuran dan kehebatan empayar yang dikenali sebagai Pax Romana ataupun Keamaman Rom.

Kehidupan awal

Beliau telah dilahirkan di Rom (atau Velletri) pada 23 September 63 SM dengan nama Gaius Octavius. Bapanya juga bernama Gaius Octavius dan berketurunan keluarga terhormat darjah kebesaran equestrian akan tetapi tidak terkenal dan merupakan gabenor Macedonia. Tidak lama selepas kelahiran Octavius, bapanya telah memberikannya gelaran Thurinus, yang berkemungkinan bersempena kemenangannya di Thurii menghadapi penentangan hamba-hamba. Ibunya, Atia merupakan anak saudara kepada Julius Caesar yang kemudian menjadi jeneral Rom yang paling berjaya dan menjadi diktator. Dia menghabiskan tahun-tahun awalnya di rumah datuknya berhampiran Veletrae (nama moden Velletri). Pada 58 SM, semasa beliau berusia empat tahun, bapanya telah meninggal dunia. Bapa tirinya, Lucius Marcius Philippus kemudian telah menjaganya.
Pada 51 SM sewaktu beliau berusaha sebelas tahun, Octavius telah berucap di pengebumian neneknya Julia, kakak kepada Julius Caesar. Caesar meminta Octavius mengikuti rombongannya dalam kempen di Afrika, akan tetapi dibantah Atia, yang mengatakan bahawa dia terlampau muda. Atia akhirnya memberikan kebenarannya pada tahun berikutnya iaitu 46 SM untuk menemani Caesar di Hispania, akan tetapi Octavius sendiri telah jatuh sakit dan tidak dapat mengembara. Setelah pulih, dia berlayar ke kawasan pertembungan, tetapi kapalnya karam. Beliau bersama beberapa orang sahabat berjaya menyelamatkan diri ke persisiran pantai dan merentasi kawasan musuh ke kem ketenteraan Caesar, dan ini membuatkan datuk saudaranya itu kagum. Caesar dan Octavius telah pulang dalam pedati yang sama, dan Caesar telah secara rahsia menukar kandungan wasiatnya.

Kenaikan pangkat

Patung gangsa Augustus di sebuah muzium arkeologi di Athens.
Apabila Caesar terbunuh pada tarikh Ides of March (15hb) 44 SM, Octavius sedang menuntut di Apollonia, Illyria. Apabila wasiat Caesar dibaca ia mendedahkan bahawa Caesar telah mengangkat cucu saudaranya Octavius sebagai anak dan pewaris utamanya memandangkan Caesar sendiri tidak mempunyai anak yang sah. Melalui pengangkatannya Octavius telah mendapat nama Gaius Julius Caesar. Tradisi Rom menyatakan bahawa dia mesti menggunakan gelaran Octavianus (Octavian) untuk mewakili keluarga biologinya; tetapi tiada bukti beliau telah menggunakan nama ini. Mark Antony kemudiannya mendakwa bahawa Octavius telah mendapat angkatan itu melalui pemberian hubungan seksual, walaupun Suetonius mengatakan bahawa dakwaan Antony itu satu fitnah politik.

Octavian merekrut kuasa kecil di Apollonia. Kemudian menyeberang ke Itali, dia menguatkan tentera peribadinya dengan askar legion veteran Caesar, mendapat sokongan dengan menekankan statusnya sebagai waris Caesar. Baru berusia lapan belas tahun, dia sentiasa dipandang rendah oleh musuhnya yang inginkan kuasa.


Sistem tulisan tamadun Yunani telah diubahsuaikan menjadi tulisan Rom lalu tersebar ke barat dan Asia Tenggara dalam bentuk Tulisan Rumi.

Sains & Teknologi

Sains dan Teknologi
Boethius seorang tokoh matematiks Rom.
Ø asas matematik beliau berasas dari tamadun Yunani.   
 ØIlmu matematik beliau berkait dengan muzik + geometri + astronomi


Sistem Sosial
       ·         Sistem sosial dalam masyarakat Rom terbahagi kepada golongan warganegara Rom dan golongan bukan warganegara Rom iaitu penduduk yang ditakluki dan golongan hamba.
       ·         Kaum wanita mempunyai status baik pada zaman Tamadun Rom.

Seni Bina Rom

Seni Bina

                    Aqueduct

-         Merupakan saluran air yang berfungsi membekalkan air ke Rom.
-         Menjaga taraf kesihatan penduduk Rom. Air tersebut dibawa daripada sumbernya di gunung. Teknologinya berasaskan graviti.
-         Aqueduct yang terpanjang adalah di Marcia, iaitu sejauh 91km. Aqueduct ini adalah melalui saluran dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang.
-        Antara aqueduct yang menjadi lambang kemegahan Rom ialah Aqua Claudia.



                   Colloseum

-         Merupakan binaan berbentuk kubah yang dibina oleh Maharaja Flavian sebagai tempat pahlawan Rom bertarung.
-         Berfungsi sebagai teater.
-         Dapat memuatkan 50000-80000 orang penonton.


                    Pantheon 
  •     Merupakan binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia.
  •          Dibina pada zaman Maharaja Hadrian (117-138 M).
  •          Merupakan tempat pemujaan dan penyimpanan patung dewa. Kerja- kerja awam juga dijalankan di situ.

Sumbangan Tamadun Rom

Friday 19 August 2011
Sumbangan Tamadun Rom
Sistem Pemerintahan

  •  Mewariskan sistem republik kepada tamadun dunia.
  •  Sistem Republik Rom.


- Dua orang konsul supaya dapat mengimbangkan kuasa.
- Dibantu oleh Dewan Senat.
- Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat Rom.


  •  Negara-negara yang mengamalkan Sistem Republik ialah India, Perancis dan Afrika   Selatan.
  •  Sistem Republik Moden


- Unsur demokrasi.
- Rakyat terlibat dalam pemilihan ketua Negara, iaitu presiden.


Bidang Falsafah

  •  Legalisme dan stoicise.
  •  Falsafah oleh Aristotle, Socrates, dan Plato masih dirujuk oleh ahli falsafah moden.

Seni Bina

  •  Aqueduct, Colloseum, Pantheon.
  •  Dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan sumber contoh seni bina.




My Music


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com